Sunday, October 31, 2010

Meh pakat tengok wayang

Sempena dengan Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge yang akan diadakan pada 5-7 November 2010..Ada satu kelainan yang dijanjikan di sini..Ada Panggung wayang..Macam menarik kan...Rasanya percuma..jadi jangan lepaskan peluang ini..meh kita pakat tengok wayang..

Antara filem yang akan diatayangkan ialah:


Filem lakonan Jackie Chan..kalau tak silap "Samuarai Incident"..


Antara Filem Malaysia yang menarik..Adnan Sempit..Mungkin dah ramai yang tonton filem ini..Tapi pasti pengalaman menontonya berbeza di sini..

Transformer..Pasti ramai yang teruja untuk menonton filem ini..


Ini lah filem yang amat saya nanti-nantikan untuk ditayangkan..Filem lakonan Shah Rukh Khan..oh..saya memang minat dengan cerita Hindustan..!!

p/s:Banyak sebenarnya acara yang dijalankan di Terengganu..Kalau tak peka dengan banner yang terpasang di tepi jalan..pasti akan terlepas..Hurmm.sangat rugi rasanya terlepas Festival novel yang diadakan minggu lepas..

Saturday, October 30, 2010

Sejuk + Tahniah2...


Sekarang musim sejuk dah pun melanda Bumi Terengganu..he8..Takde 4 musim kat Terengganu yer..Musim Tengkujuh lah..Tiap-tiap hari hujan..Sejukk..Rase macam duk dalam aircond jer...Kipas kopem tak buka..Sekarang pelajar-pelajar unisza dah pun mula bersuti untuk study week..Selama 3 minggu..Lepas ni final exam lak..Ada sebahagian pelajar yang tidak pulang ke kampung untuk menumpukan perhatian pada pelajaran..

Tapi saya??Kopem lah duk umah.Dah umah memang dekat pun..Tapi tetap berulang -alik ke Unisza..Cuba untuk istiqamah study di library...Lebih fokus..Hujan yang lebat menyebabkan penglihatan saya semasa memandu terbatas..Kena drive slow-slow...jalan pun licin..Kepada semua pamandu,berhati-hati di dalam perjalanan anda.Semoga Sampai ke destinasi dan ingatlah orang tersayang...

Alhamdulillah...Pada hari selasa ini ,2 november 2010..Akan diadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan blog perlancongan Terengganu yang akan diadakan di
Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu...Saya mengucapkan tahniah kepada semua perserta yang layak..Semoga kejayaan mengiringi anda semua..Adat dalam pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah..Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing..Menang atau kalahj bukanlah persoalaanya..Tapi semangat kita untuk terus mempromosikan industri perlancongan Terengganu dan untuk menjadikan Terengganu sebagai ikon perlancongan yang terkenal di mata dunia.Saya berharap usaha kita untuk mempromosikan perlancongan Terengganu tidak akan terhenti begitu sahaja selepas tamatnya pertandingan ini tapi,tetap akan diteruskan..Sememangnya terlalu banyak perakara yang boleh kita terokai di Bumi terengganu...





Tuesday, October 26, 2010

Ulek Mayang Di tv3


Sekali lagi keindahan bumi Terengganu dipamerkan di dalam sebuah Drama terbitan TV3..Drama Yang bertajuk 'Ulek Mayang" disiarkan dalam slot Lagenda yang menemui penonton setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3.Yang mula ditayangkan pada 25 Oktober 2010




Drama ini dilakonkan oleh Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Puteri Mayang Sari.Drama ini telah diarahkan oleh pengarah Rashid SibirPenggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini..
Fezrul pula memegang watak Ali seorang nelayan.


Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

cintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”

kepada yang ingin meninjau keindahan bumi Terengganu..Anada bolehlah menonton drama ini.Drama ini bukan sahaja memaparkan kisah cinta dua alam..Tetapi turut memeperlihatkan keindahan sungai,kampung nelayan dan juga pembuatan keropok lekor dan ikan kering.Mungkin ada tempat yang menarik perhatian anda dan membuatkan anda teringin untuk melancong ke negeri warisan pesisir air..

Saturday, October 16, 2010

Alhamdulillah...

Tadi view jap blog penganjur...Mane tau kot2 ada latest news pasal pertandiungan ni kan..tapi takde pun...Tak sabar dah ni nak menunggu keputusannya..
Tapi ada something yang wat saya tersenyum tanpa henti..Hati pun berbunga-bunga menyanyikan lagu-lagu keriangan..
Yess...Saya berjaya...
Rase terharu..macam nak nangis pun ada ni..


Sila lihat bulatan hitam yang tak berapa nak bulat tu...Wahh..Pakat Mai Ganu tersenarai di kalangan blog peserta IPT yang layak..Alhamdullilah ....lafaz kesyukuran tak henti-henti diucapakan....Usaha selama ni tak sia-sia..Akhirnya blog ni berada dalam senarai yang layak...Dah macam-macam dugaan ditempuhi semasa wat blog ni..Pernah kena kutuk pun ada..Berjaga malam lak nak siapkan blog ni..Tapi sumenyer itu akhirnya berbaloi..

Time kasih banyak-banyak kepada pihak pengadilan dan pihak penganjur yang telah melayakkan saya untuk terus meyertai pertandingan ini..Saya dah tak sabar nak menunggu keputusan pertandingan ini...Harap-harap beroleh kemenangan..

Saya juga nak ucapkan tahniah kepada blogger2 lain yang tersenarai layak untuk bertanding..Sesungguhnya..korang adalah insan-insan yang bertuah..ngeh222...Teruskan mempromosikan perlancongan Terengganu..

Karnival Kuda Bersongket...

Tiap-tiap hari drive gi kelas..Ternampak ada banner terpasang kat tiang-tiang..Macam event besar jer..Nak bace tak nampak..Maklumlah..dah kena tariuk skit nikmat mata..Cuma ada terbaca "KARNIVAL KUDA BERSONGKET"..kuda pun pakai songket...dari pad merapu buka-bukan baik tanyer pak cik google..lagi bagus..

Selepas menyoal siasat pak cik google..Baru lah tau..Tak lama lagi akan diadakan
Kejohanan Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge (SCTE).salah satu event yang telah menjadi tradisi di Bumi terengganu...Tradisi itu diteruskan lagi tahun ini di mana seramai 90 penunggang dari 15 negara dijangka berentap untuk merebut hadiah berjumlah RM86,000 di kejohanan SCTE 2010 yang bakal berlangsung di TIEP...wah..ta boleh terlepas gi event ni..

Tapi tahun ini ditimbulkan dengan satu kelaianan...Untuk menjadikan event ni lagi menarik..

Kejohanan selama tiga hari yang bermula pada 5 November ini bertemakan 'Karnival Kuda Bersongket' simbol kekayaan warisan negeri pasti menjanjikan kelainan yang lebih menyegar dan menghiburkan pengunjung.

Buat pertama kalinya, ia dimeriahkan dengan program mencari harta Karun dari Kuala Lumpur Ke TIEP yang dinamakan 'jejak songket'.


Sebenarnya aktiviti seperti ini akan meningkatkan lagi industri perlancongan di terengganu..Dan membuatkan Terengganu lebih dikenali di mata dunia...Karnival ini akan diadakan pada 5-7 November 2010...jom..pakat ramai2 kita mai tengok kuda bersongket..





Bukit Keluang...Mahasiswa Integriti..

seperti yang di beritahu sebelum ini..saya kena gi kursus kat Bukit Keluang..Dah lame dah sebenarnya..Tapi baru sekarang nak citer..Bizi sangat dengan kuliah..assignment and test..baru sekarang ada masa nak mengadap komputer ni...

Memang best gler mase kursus kat sini..Sampai je Bukit Keluang Beach Resort tu..Rase macam tak nak balik jer..Sumer cantik..dari depan sampai belakang..Landskap dia memang lawa..Shooting gambar weeding pun okey gak kat sini...(tiba2 jer..)



Selain dari tempat tidur yang best..Dengan aircond + tv tilam lembut +hot shower...Yang paling best sekali makanan kat sini..Sangat-sangat sedap okey..Sekali makan penuh satu meja...Sorang dua tiga bijik pinggan..Mentang-mentanglah makan buffet ..free lak tu..Yang paling best Sup ikan Madura..Perghh..I like it..sedap sangat...

Sila abaikan gambar ini...hiasan semata-mata

Macam-macam aktiviti yang kitaorang wat kat sana...Yang paling best..Daki Bukit Keluang..Agak tinggi lah juga..Mujur stamina kuat..Berkat naik turun Bukit Besar tiap2 minggu..So,naik bukit keluang ni pun rase macam senang jer...Permandangan dari atas bukit ni memang sangat cantik.Dapat tengok permandangan laut dari atas..

haaaa...Tak cayer???

tengok bawah sekarang..
.
.
.
.
.


Jeng3...Tengok permandangan kat belakang tu..Cantik kan..Tapi ada yang lagi cantik..Kalau nak tengok..Gi panjat sendiri Bukit Keluang tu..


Snap jap gambar kenangan bersama kat pondok atas puncak Bukit Keluang...


kami sengat letih...ni baru lepas turun dari bukit..Tapi tetap tersengih ambik gambar...


Lepas daki bukit..Kami santai jap kat tepi kolam renang kat resort..Ikutkan hati nak je terjun dalam kolam tu..Tapi memikirkan bau kami yang sangat busuk baru je lepas daki bukit + takut air kolam tu jadi keruh lak..So,cancel..tengok je lah orang lain berendam dalam kolam tu...


Ni time nak balik dah...gambar ni kat tepi rumah penginapan kami...menghijau
je permandangan kat belakang..Memang landskap kat sini sangat cantik dengan macam-macam jenis tumbuhan..Dan kat sini jugak,saya berpeluang tengok pokok rotan dari dekat..Belum ni,mamang susah sangat nak jumpa pokok rotan..boleh wat salam perantau ni..


Kami mahasiswa integriti..Kem ni sangat-sangat best..Time kasih banyak-banyak kat sume yang dah menaja program kami ni,..
lain kali..ajak lagi..ngeh6..


Ok..ni last......penulis blog bersama kakak bertudung hijau yang sangat comel...

Monday, October 4, 2010

Karnval Sua Rasa TV9

Karnival Sua Rasa TV9
Akan Diadakan
8&9 Oktober 2010
Bertempat di
Pulau Warisan
Kuala Terengganu,Terengganu

Jangan lepasakan peluang untuk datang ke Karnival Sua Rasa TV9...Puluhan gerai dan khemah didirikan di Pulau Warisan dan di antaranya adalah TV9, Halaqah, Adik di 9, Warna-Warni Sua Rasa serta gerai Celcom, Ibnu Khaldun, Khee San, Nestle, Silky Girl, Oriental, Air Asia, Tan Choong Motors, Kopi Kapal Api, D’Hatiku, Azmi Burger, Waimee Health, Wyeth, Pet Pet, First Grade Resources, IKIP College dan Keetha.Dan banyak lagi...


Terdapat ramai selebriti terkenal tanah air dan personaliti TV9 seperti Aziz Desa, Farah Adeeba, Alif Satar, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Shafek dan ramai lagi. Pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis kegemaran mereka.Jom Pakat Mai cni....








Related Posts with Thumbnails