
Tuesday, June 22, 2010
Pantai Pandak

Santuari kelah
Ikan-ikan kelah itu membiak dengan banyak di sungai berkenaan dan ia dikawal rapi dari sebarang aktiviti pencerobohan seperti memancing dan sebagainya.Sepanjang tiga kilometer di sebahagian daripada Sungai Petang itu, kawasan berkenaan telah digazetkan sebagai santuari kelah oleh kerajaan negeri Terengganu.
Keunikan Sungai Petang itu sebenarnya telah mengubah wajah Tasik Kenyir yang memang terkenal sebagai kawasan pelancongan sepanjang tahun.Apabila berkunjung ke santuari kelah, pasti seseorang akan terkejut dan kagum dengan panorama di situ.Kalau setakat mendengar cerita dari mulut ke mulut, ia belum memadai. Sebaliknya perlu melihat sendiri keunikan santuari tersebut.
Ini kerana ratusan ribu ikan kelah seolah-olah menanti setiap pengunjung yang datang.Sebaik sahaja berada dalam air di santuari tersebut, ikan-ikan kelah berkenaan akan terus berkerumun mengelilingi pengunjung.Spesies ikan tersebut seolah-olah tahu pengunjung akan memberi mereka makan.
Bagi pengunjung yang tidak biasa dikerumuni ikan-ikan, mungkin merasa agak janggal, namun perasaan itu hanya seketika.Sebaliknya, perasaan kagum dan seronok akan menyelubungi pengunjung selepas beberapa minit berada di dalam air.Dengan menabur palet makanan ikan, ikan-ikan kelah berkenaan akan berebut-rebut untuk memakannya.Pada masa inilah pengunjung berkesempatan untuk memegang ikan-ikan tersebut.
Malah, pengunjung juga boleh meletakkan palet di sebelah tangan kiri dan memegang ikan di sebelah tangan kanan sambil menyuapkan makanan tersebut pada ikan yang dipegang.Sukar dipercayai, walaupun sedang dipegang, ikan-ikan itu masih terus memakan palet-palet yang diletakkan di atas tangan.
Jika sebelum ini ramai kalangan kita hanya berkesempatan memegang ikan, tapi di santuari ini satu lagi aktiviti menyeronokkan ialah mencium ikan-ikan tersebut.Pengunjung boleh mencium ikan-ikan berkenaan secara lembut dan tanpa sebarang masalah.Inilah pengalaman yang boleh dirasai apabila seseorang itu berkunjung ke santuari kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir.
Ikan-ikan kelah berkenaan walaupun hidup secara liar dalam habitat semulajadinya, namun ia tetap jinak kepada para pengunjung.Apabila dipegang, ikan-ikan berkenaan memberikan tindak balas yang lembut.Walaupun badan ikan kelah itu licin, namun pengunjung masih boleh memegangnya dan ia satu pengalaman yang amat menyeronokkan.Bermandi-manda sambil memberi makan ikan kelah suatu kemestian jika pengunjung mahu melalui pengalaman unik di Tasik Kenyir.
Dengan air yang jernih dan bersih, Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda.Selamat bertemu Ikan kelah di Sungai petang..
.
Nasi dagang

Anda juga boleh menikmati Nasi Dagang di Mak Ngah Nasi Dagang restaurant di Chendering>dari bandar Kuala Terengganu, pergi arah selatan ke Marang atau Kuantan. Selepas perjalanan 8 km, anda akan sampai di Kuala Ibai. Anda akan melihat banyak kereta di tempat letak kereta di sisi jalan terutama hari jumaat. Tempat yang begitu popular disana.Selamat menjamu selera bersama nasi Dagang Terengganu...
Thursday, June 10, 2010
Limpahan cahaya di Bumi Kerteh






Wednesday, June 9, 2010
Kerepok Lekor
Kalau singgah ke Terengganu,x cukup lengkap rasenyer kalau tak makan keropok lekor..Bahkan,keropok lekor adalah buah tangan yang wajib dibawa pulang.Keropok lekor adalah sangat terkenal di Bumi Terengganu.Sesiapa yang ingin makan keropok lekor yang betul-betul enak,sudah pasti akan merasanya di sini.Tapi,nak mencari keropok lekor yang berkualiti bukan senang..
Kampung losong adalah salah satu perkampungan yang mengusahakan keropok lekor..Di tepi jalan,anda dapat melihat berderet-deret kedai keropok yang menawarkan pelbagai jenis keropok.Ada keropok rebus,keropok keeping,keropok goreng mahupun keropok sira.Antara kedai yang menjadi pilihan ialah kedai keropok Haji Adnan..pasti anda berpuas hati dapat merasa keenakan keropok lekor di sini.
Bagi saya,lebih suka keropok lekor dari kampong Seberang Takir..Kerana kawasan ini tidak jauh dari rumah saya..Namun rasanya pun x kurang hebatnya dari keropok2 di kawasan lain..lagi sedap rasanya jikalau dicicah dengan sos lada..pasti memukau selera.
Antara kawasan lain yang menjual keropok lekor yang berkuali ialah di Kampung Mengabang Lekor..Di sini juga terdapat banyak kedai mahupun gerai yang menjual keropok lekor di tepi jalan..sekiranya ingin menyimpan keropok lekor,seeloknya disimpan dahulu di dalam peti ais supaya lebih tahan lama..Dan direbus semula di dalam air panas dengan sedikit garam supaya rasanya tidak tawar.
Pastikan anda merasa dulu keropok lekor sebelum pulang..Barulah anda tidak merasa rugi…Selamat bercuti..!!!
Sunday, June 6, 2010
Rusila kraft
cuti sekolah dah pun bermula.pastinya ibu bapa takkan melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga..banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Bumi terengganu.. Sambil bercuti,tentu takkan melepaskan peluang untuk membeli buah tangan sebagai kenangan..Apa kata singgah ke RUSILA KRAF.
Pelbagai kraftangan yang menarik dihasilkan dari daun mengkuang.terdapat beg,bakul,bekas,kipas dan sebagainya yang dihasilkan di sini dan dijual dengan harga yang amat berpatutan.Lihatlah sendiri hasilnya,pasti ada yang membuatkan anda tertarik.