

Hutan Lipur Air Terjun Sekayu memang menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Terengganu yang terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu. Tambahan pula kawasannya yang kaya dengan hutan seperti meranti, damar hitam, keruing dan juga lain-lain. Spesies flora dan fauna yang masih terpelihara di sini pastinya akan menggamit kedatangan sesiapa sahaja ke sini. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya sebuah air terjun tiga peringkat yang cantik dan mempesonakan. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi, sangat sesuai untuk tujuan beristirahat dan berekreasi.

kalau korang tak puas duk kat sekayu ni sekejap je..Boleh menginap kat tropical resort salah satu destinasi penginapan yang amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan. Bertemankan kicauan burung, bunyi-bunyian cengkerik, deruan aliran air terjun, suasana yang menggamit perasaan ini pastinya akan menjadi kenangan dan pengalaman yang sukar di lupakan oleh pengunjung. Kedudukannya bersebelahan dengan air terjun,tiada lagi kebingitan deruman enjin, kesesakan kota, Tropical Resort @ Sekayu pastinya menjanjikan suasana percutian dan penginapan yang amat diimpikan.Wah....mavam best jer bunyinyer kan..Korang just view website diorang nk tahu lebih lanjut lagi pasal resort ni...Atau just call 09-6816043...
No comments:
Post a Comment