Monday, August 9, 2010

program Penyu 1 Malaysia


Rantau Abang bagaikan ibu negara bagi penyu dan menjadi satu kemestian bagi pelancong untuk singgah sebagai tanda kehadiran di Dungun.

Justeru pada 16 September 2011, di mana Rantau Abang akan mencatat sejarah tersendiri melalui program Penyu 1 Malaysia.

Bukan sahaja Rantau Abang atas inisiatif Institut Penyelidikan Malaysia, FRI, 22 pusat penetasan penyu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan melepaskan anak-anak penyu secara serentak selepas jam 12 tengah malam.

Ketua FRI Rantau Abang, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata tarikh itu dipilih sempena hari penubuhan Malaysia.

Dengan program seperti ini pastinya Rantau Abang kembali menjadi salah satu destinasi utama pelancongan negeri itu.

Dan RTM akan menyiarkan detik bersejarah itu secara langsung.

Lebih manis lagi Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat merasmikan program itu.

1 comment:

  1. promosi ogos ke redang rm250 se orang
    2x hi tea,1x dinner,1xbbq 3x snokling trip
    berminat email ke blogterengganu@yahoo.com

    nice blog...........

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails