Sunday, April 25, 2010

Santuari Gajah Sungai Ketiar

Assalamualaikum..setelah sehari suntuk menghadap komputer mencari informasi yang menarik untuk pengunjung blog ni dan juga info untuk diri sendiri yang sedang merancang percutian sepanjang 2 bulan cuti semester tak lama lagi.Akhirnya,saya menemui sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua…


Santuari Gajah Sungai Ketiar..sebenarnyer diriku sendiri pun tak tahu yang tempat ni wujud..Sekarang dah tahu..Takkan lepaskan peluang untuk ke sana..Santuari gajah ini adalah salah satu tarikan terbaru di Tasik kenyir. Terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut serta berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang, SGSK yang meliputi keluasan kira-kira 15,000 hektar, merupakan tarikan baru pengunjung ke tasik berkenaan.

Tempat ini dibuka untuk pelawat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari..So,bila2 saje boleh datang..Kat sini ada dua ekor gajah,seekor nama Suria dan Seekor lagi Chalil..(tak sabar rasenyer nak jumpa gajah comel ni..) Suria dan Chalil telah dilatih dengan menggunakan bahasa Myanmar bagi perkataan duduk, Thailand (hormat) dan bahasa Melayu (makanan) untuk memudahkan komunikasi antara pekerja dan gajah berkenaan..




Suria dan Chalil masing-masing seberat 1.5 tan dan 1.3 tan, memerlukan makanan kira-kira 100 kilogram sehari. Roti untuk sarapan pagi, tebu untuk makanan tengah hari dan buah-buahan seperti tembikai, betik, ubi keledek dan jagung untuk makanan petang..banyak btol diorang makan..baru je terfikir nak bela gajah..hihi..

Kawan2 semua,jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini.Cintai alam sekitar untuk kesejahteraan hidup kita dan juga generasi akan datang.Selamat bercuti untuk semua pelajar UDM.Enjoy your holiday…

P/s:Masih terfikir2.nak ajak sape pergi Santuari gajah ni…


Tuesday, April 20, 2010

Pulau Redang



Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam. Di sini menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda seperti resort,kedai.open air restaurant,in house karaoke,internet corner,A la Carte restaurant ,batik gallery dan banyak lagi..Antara aktiviti yang famoust kat sini ialah snorkelling..Teringin sekali untuk merasai pengalaman di sini..Untuk lebih banyak maklumat tentang percutian anda di Pulau Redang sila lawati laman web Redang Beach Resort.Pelbagai maklumat tentang kemudahan penginapan dan pengankutan boleh anda ketahui di sini

Muka-muka happy pelajar Udm ko-pelayaran semasa aktiviti mereka di Pulau Redang

Saturday, April 17, 2010

Rancang Percutian Anda

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia...Hari ni nak letak entry yang bagus punyer..Sebelum bercuti kita kenalah merancang supaya percutian kita berbaloi-baloi...Barulah kita dapat menikmati percutian yang memuaskan...
I miss my ETA so much.....

-Rancang lebih awal, jangan dilakukan pada saat-saat terakhir terutama jika melibatkan satu keluarga yang besar kerana lebih awal kita menempah penginapan dan tiket penerbangan atau perjalanan, lebih banyak potongan harga yang boleh diperoleh.

- Apabila bercuti, ambil juga kesempatan pada hari yang tidak sibuk kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan dengan cara itu anda boleh berjimat.

- Sekiranya berlibur bersama keluarga, pastikan juga kehendak seisi keluarga. Adakah mereka ingin bersantai di pantai, berjalan sambil menimba ilmu dengan melawat tempat-tempat bersejarah atau membeli-belah. Apabila sudah mengenal pasti kehendak semua, lebih mudah untuk merancang bajet dan memilih destinasi percutian.

- Pilih destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Setidak-tidaknya destinasi itu disukai semua agar tidak ada yang bermuram ketika yang lain berseronok dalam percutian tersebut.

- Fikir pula tentang pengangkutan. Adakah anda ingin menaiki kapal terbang, kereta api atau memandu ke destinasi pilihan. Pilihan anda juga perlu sesuai bajet yang diperuntukkan. Tetapi, jangan pula dilupa tentang keselesaan.

- Mula mencari tempat penginapan di kawasan tersebut. Pastikan hotel, resort atau chalet yang dipilih menawarkan kemudahan yang dicari seisi keluarga seperti kolam renang, spa atau kemudahan yang lain.

- Setelah semuanya lengkap, rancang pula bajet percutian mengikut pilihan penginapan dan pengangkutan anda tadi. Jangan lupa mengambil kira makan, minum, hiburan dan membeli-belah. Dan, jika masa masih panjang, anda boleh mula menyimpan untuk persediaan percutian.

- Jika sudah berpuas hati, buat tempahan segera terutama hotel dan kapal terbang. Sebaik melakukan tempahan, letak semua maklumat di satu fail agar mudah dicari nanti.

- Jika inginkan pihak hotel menguruskan tentang lawatan ke tempat-tempat menarik atau sebagainya, jangan lupa memberitahunya ketika urusan tempahan bilik dilakukan.

- Beberapa minggu sebelum berangkat setidak-tidaknya dalam masa dua minggu, telefon semula hotel atau syarikat penerbangan untuk mengesahkan kembali tempahan bagi memastikan semuanya teratur seperti yang dirancang.

Akhir sekali yang penting dan perlu diingat ketika merancang untuk pergi berlibur adalah percutian sepatutnya menyeronokkan bukannya satu mimpi ngeri.

Thursday, April 15, 2010

Sekayu

Dimulakan dengan bismillah,disudahi dengan alhamdulillah...Begitulah sehari dalam hidup kita..Moga2 diberkati Allah...Hai,selepas menghadap buku ICT yg tebal tue..merehatkan minda jap dengan update blog ni...Harap2 korang sume suka kat entry sebelum ni....More interesting entries will coming soon....

Cuba korang teka....Diorang ni nak pergi mane???ni lah keje bebudok laki UDM..suka gi jalan2..x ajk gurlz lak tu..Takpe,perempuan kena duk umah je jawabnyer..mane aci!!!nak gi jalan2 gop...Diorang ni nak konvoi naik motor ni menuju ke salah satu tempat yg femes kat Terengganu..mane lagi kalau bukan SEKAYU...sekayu comel zaman berzaman..(cilok lirik lagu)


Hutan Lipur Air Terjun Sekayu memang menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Terengganu yang terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu. Tambahan pula kawasannya yang kaya dengan hutan seperti meranti, damar hitam, keruing dan juga lain-lain. Spesies flora dan fauna yang masih terpelihara di sini pastinya akan menggamit kedatangan sesiapa sahaja ke sini. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya sebuah air terjun tiga peringkat yang cantik dan mempesonakan. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi, sangat sesuai untuk tujuan beristirahat dan berekreasi.




kalau korang tak puas duk kat sekayu ni sekejap je..Boleh menginap kat tropical resort salah satu destinasi penginapan yang amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan. Bertemankan kicauan burung, bunyi-bunyian cengkerik, deruan aliran air terjun, suasana yang menggamit perasaan ini pastinya akan menjadi kenangan dan pengalaman yang sukar di lupakan oleh pengunjung. Kedudukannya bersebelahan dengan air terjun,tiada lagi kebingitan deruman enjin, kesesakan kota, Tropical Resort @ Sekayu pastinya menjanjikan suasana percutian dan penginapan yang amat diimpikan.Wah....mavam best jer bunyinyer kan..Korang just view website diorang nk tahu lebih lanjut lagi pasal resort ni...Atau just call 09-6816043...


Untuk mengelakkan korang sesat kat sini..jangan lupa tengok peta...



Air terjun kat sini cantik tau...sejuk jer airnyer..Tak puas kalau mandi kat sini...Rase nak berendam 8 hari 8 malam...


Kepada sape2 yang nak menikmati keindahan air tejun sekayu ni...cepat datang...Pastinya percutian yang amat bermakna...Pesanan:Rancang percutian anda supaya anda menikmati percutian yang berbaloi2...




Tuesday, April 13, 2010

Lata Belatan




Assalamualaikum...Hello..How are you???kaifahalukum???Guane gamok ari ni???tu je bahasa yang aku tau...Harap sihat-sihat sokmo..Walaupun badan agak letih selepas pulang dari lawatan ke Rumah Orang Tua di Bukit Payong..Tapi tetap ku gagahkan diri untuk update blog ni..Sebenarnya banyak citer nak update dalam blog ni cuma masa tu agak terbatas...Lupakan sume tu...Sekarang jom kita tengok apa yang ada di Lata Belatan...Salah satu lokasi air terjun di Terengganu
Hutan Lipur Lata Belatan. Merupakan Hutan Simpan Kekal dibawah pengurusan Bahagian Rekreasi dan Hutan Libur Jabatan Hutan Negeri Terengganu. Merupakan Hutan Simpan Kekal dan tertakluk dibawah akta Hutan simpan dan Hutan lipur. Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih - Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak - 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil "Puncak Tanduk Singa Bertala". Terdapat dua tapak perkhemahan utama iaitu Taman Ulu dan Taman Hilir. Paling menarik bagi peminat alam semulajadi, puncak tebu dapat dijumpai pokok periuk kera yang sebesar lengan dan terdapat banyak pokok cina maki atau sering dipanggil pokok bonzai. Menarik juga terdapat pelbagai cerita mistik di gunung tebu terutama pengamal "x-file". Tidak kurang juga penceroboh / pemusnah yang mencari batu permata dan geharu di sini. Dipuncak terdapat pelbagai formasi batu yang dipangil batu pelana, batu sejadah dan batu madrasah.

tak bawa pape...beli je kat sini....

Pendakian ke puncak tebu biasanya ditutup bermula 15Nov-15Jan kerana faktor risiko cuaca. Terutama lintasan sungai pertama ke Sungai Y (Sg Cakah dua). Sesiapa boleh mendaki puncak tebu dengan "day Trip" atau bermalam dipuncak. Puncak tebu menjanjikan panorama yang indah terutama pemandangan pulau-pulau zamrud terengganu (Perhentian, Redang, ru perhentian). Cuacanya nyaman dan sejuk. Sepanjang perjalanan pendaki akan dapat melihat kejernihan air sungai limau yang mengalir dengan warna kebiruan dan kehijaun. Flora dan fauna sukar digambarkan. Terdapat 13 puncak yang perlu didaki untuk kepuncak tebu, tetapi perjalanan ini amat berbaloi..

nama belatan diambik dari bentuk air terjunnya yg mengepung air seumpama belat
kat dalam hutan ni pokok2 siap pakai tag name tau...korang bolehlah berkenalan dengan pokok2 kat sini..

Gunung tebu amat menarik untuk didaki,laluan yang ada juga amat mencabar.Berbagai pandangan yang menarik dapat dilihat diatas gunung Tebu,dari atas gunung tebu kita dapat melihat shingga ke Kuala Terengganu.Gunung Tebu juga menyimpan berbagai cerita misteri.Ia juga menyediakan tapak perkhemahan untuk mereka yang berminat untuk berkhemah.Tapak perkhemahan yang disediakan agak luas dan dapat menampung jumlah yang ramai,ia selalu di gunakan oleh unit-unit beruniform dari sekitar pantai timur.Terdapat juga chalet perseorangan yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan.Ramai kalangan penduduk tempatan yang mencari permata di air terjun Lata Belatan kerana banyak juga dijumpai permata yang berkualiti.Jika berminat dengan salah satu aktiviti boleh berhubung dengan Jabatan perhutanan Besut kerana Air Terjun Lata Belatan adalah dibawah kawalan mereka
Sape2 yang ingin mendaki Gunung Tebu..Mahupun mandi manda di Lata Belatan.Macam2 lagi aktiviti yang korang boleh buat kat sini...Jangan lupa datang sini.Patinya menjanjiakan pengalaman yang berbeza...

Sunday, April 11, 2010

Jalan-Jalan Makan Angin...

Selamat Pagi semua...Sekarang pukul 4.45 a.m...Bukan sebab aku bangun awal tapi sebab aku tak tido pun lagi..Ni semua sebab semangat waja nak update blog aku..Lagi 2 blog terpaksa ku abaikan buat sementara waktu...


Nak citer pasal ape ey???about the sweet boys ni..Diorang ni memang kaki makan angin..Hari2 keluar gi jalan2..Pastu tak ajak aku lagi..Ish!!!x aci ni...Ni pic diorang jalan2 kat pantai..Entahlah pantai mane.Yang pastinya kat Terengganu..Diorang takkan kuor jalan jauh2..Paling dekat pun diorang akan gi Pantai Teluk Ketapang..(Ye ke????)..Korang layan je lah gambar diorang ni...

Jejaka-jejakan idaman UDM (koya)...

Ni kononnya nak release tension sebelum final exam lah ni..Harap2 result korang pun gempak lah...


Lutfi..I like your posing so muchhhh!!!!


Menikmati keindahan pantai...ceewaahhh...manjenyer..


So,kalau korang rase nak menikmati keindahan pantai Terengganu macam diorang ni..Datanglah tranung time holiday..Tak rugi tau!!!Sorry..just simple entry..

P/s:Thanks a lot to Lutfi,afiq,Fadzil and the geng coz sudi jadi model free dalam blog ni..

Taman Tamadun Islam

(ni gambar ciplak)

sebenarnyer kan terasa agak malas nak update blog..tambah2 lagi sekarang ni study week..lagilah tak terase nak buka laptop..kalau buka mesti dah lagho ke lain..tapi perjuangan takkan berehnti di tengah jalan..hehe(mesti kwn ak kate aku koya)...Hari pertama study week dah gi jalan2..Apa kes???Kitaorang gi Taman Tamadun Islam..Di tengah2 panas...kami menjejak satu persatu keindahan bumi Terengganu..hahahaha..Mase ni je gi jalan...lepas ni fokus on study....

Macam biase..Dalam blog ni mesti ada model...yg wajib kat tgh tue..asyik2 muka die..pandai posing jer..apa yg tulis kat situ..Tak bace pun..Tapi kalau korang datang kena bace tau...mane tau kot2 masuk exam...

I like this bus so much...sebab warne pink...Cantiknyer bas ni..model pun cantik gop...Entahlah bila ada kesempatan nak naik bas ni...


Ni pengkalan Tok Ku Paloh...kat sini korang bleh naik bot..sambil jln2 kat sungai terengganu di tengah2 bandar terengganu..


Ni pintu masuk ke taman monumen...jangan suka2 ati je panjat pagar nak tengok monumen kata dalam tu..bayar tiket RM1o je...Kalau rase malas nak jalan kaki..korang bleh naik kete api(suka ati je aku bagi name)..

Cuba teka kitaorang nk gi mane?????


kita orang nak naik bot lah...Tapi kena beli tiket RM 10...


Disebabkan hujung sem ni,duit kami dah kering ...so,tengok dari jauh lah bot ni..Kempunan nak naik..Takpe2,sem depan kami datang balik...


tengok dari jauh lah...takde duit nak masuk...


cube teka???masjid ape ni...???

Perhatian-perhatian!!!!Buat semua kaki-kaki pancing ..jangan lepaskan peluang keemasan ni tau...Hadiah lumayan menanti anda..hahaha...kalau menang,jangan lupa belanja tau...
Kalau dah datang tue...jangan lupa beli tanda kenangan ni..Macam2 ada..Baju..keychain..pilih je nak yang mane..Tapi kena bayar lah..
Rasenyer ni lah cenderamata yang paling mahal sekali..Sape2 yang rase ada banyak duit...Beli lah yer..Tu je lah kenangan kami kat TTI..Korang pun kena datang sini tau..New post will coming soon...

Tuesday, April 6, 2010

Pantai Pulau Kekabu

Alhamdullilah..Akhirnya ada masa untuk mengubahsuai blog ni dan meletakkan post yang prtama.Final Exam yang semakin dekat membuatkan masa terlalu singkat.Namun masih ada kesempatan untuk meneroka bumi Terengganu..Pada minggu lepas,saya dan rakan2 berpeluang untuk berkhemah di Pantai Pulau Kekabu,Marang..Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni..Pantai ni berdekatan dengan jeti perhentian menuju ke Pulau Kapas..
Ko-kayak UDM yang mengadakan perkhemahan di sini,tak sah lah kalau kami tak berkayak kan.Kami berkayak di sepanjang Sungai Marang..Di sini juga menjadi tempat latihan Kayak.. kalau datang sini tak cuba berkayak rugi tau..

Ni permandangan dari Pantai Pulau Kekabu..Kat sini ada banyak bot nelayan dan penduduk di sini sangat peramah..Tak lokek berkongsi ilmu laut..hehe..Kat sini juga menjadi tempat tumpuan pemancing..Sape2 yang suka memancing bolehlah datang sini..Memang dapat ikan kalau pandai memancing..

Ni sape???kawan baik ku...Lepak2 dulu sambil posing sementera menunggu khemah dipasang..Kami sempat bermalam di sini.Sambungan eletrik agak sukar untuk disambung di sini.Maka kami berkhemah di dalam gelap ditemani unggun api..Permandangan waktu malam memang sangat cantik..Langit dihiasi bintang dan cahaya bulan yang memancar di laut.Ditambah lagi dengan bunyi ombak..Perghh..Memang syok...Tak dapat nak ambil gambar sebab kamera low standard je..

Di sini juga terdapat padang bola dan gelanggang bola tampar..Kami sempat berlawan futsal wanita dengan penduduk kampung..Penduduk kampung kat sini memang sporting..Tapi kami kalah..Hu8..Walaupun Tiang gol cuma dari buluh dan jaring..Tapi memang satu pengalaman bermain futsal yang berbeza..

Dari pantai ini juga dapat melihat Pulau Kapas..membuatkan kami teringin nak menjejakkan kaki ke Pulau Kapas..Satu hari nanti,kami akan tiba di sana..Bagi yang berani,boleh cuba berkayak dari sini hingga ke Pulau Kapas yang mengambil masa 4-6 jam..Selamat mencuba dan teruskan meneroka Bumi Terengganu...

Related Posts with Thumbnails