Assalamualaikum...Hello..How are you???kaifahalukum???Guane gamok ari ni???tu je bahasa yang aku tau...Harap sihat-sihat sokmo..Walaupun badan agak letih selepas pulang dari lawatan ke Rumah Orang Tua di Bukit Payong..Tapi tetap ku gagahkan diri untuk update blog ni..Sebenarnya banyak citer nak update dalam blog ni cuma masa tu agak terbatas...Lupakan sume tu...Sekarang jom kita tengok apa yang ada di Lata Belatan...Salah satu lokasi air terjun di Terengganu
Hutan Lipur Lata Belatan. Merupakan Hutan Simpan Kekal dibawah pengurusan Bahagian Rekreasi dan Hutan Libur Jabatan Hutan Negeri Terengganu. Merupakan Hutan Simpan Kekal dan tertakluk dibawah akta Hutan simpan dan Hutan lipur. Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih - Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak - 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil "Puncak Tanduk Singa Bertala". Terdapat dua tapak perkhemahan utama iaitu Taman Ulu dan Taman Hilir. Paling menarik bagi peminat alam semulajadi, puncak tebu dapat dijumpai pokok periuk kera yang sebesar lengan dan terdapat banyak pokok cina maki atau sering dipanggil pokok bonzai. Menarik juga terdapat pelbagai cerita mistik di gunung tebu terutama pengamal "x-file". Tidak kurang juga penceroboh / pemusnah yang mencari batu permata dan geharu di sini. Dipuncak terdapat pelbagai formasi batu yang dipangil batu pelana, batu sejadah dan batu madrasah.
Sape2 yang ingin mendaki Gunung Tebu..Mahupun mandi manda di Lata Belatan.Macam2 lagi aktiviti yang korang boleh buat kat sini...Jangan lupa datang sini.Patinya menjanjiakan pengalaman yang berbeza...
No comments:
Post a Comment