Salam sayang buat semua....lame x update blog!!!ada yng rindu x???Bukan malas nak update tau..Tapi masa agak terbatas buat masa sekarang sebab banyak sangat program yang kena buat..Baru je pulang dari Putrajaya kerana menyambut HARI BELIA..Memang best sangat kat sana..Ni bukan nak citer pasal kat Putrajaya..Tapi kat FELCRA KERUAK..Nak tau pasal Putrajaya tengok my private blog...Kat sini cuma citer pasal terengganu jer...Tarik.....program sukaneka kat sana
Minggu lepas..Saya telah diberi peluang untuk mengikuti program Rakan Muda Wawasan Desa di Felcra Keruak..Ini adalah sebuah program anak angkat..Felcra Keruak terletak di besut..Perjalanan dari Kuala Terengganu mengambil masa selama 2 jam lebih..Kami cukup bertuah kerana diberi layanan yang baik oleh keluarga angkat kami di sini..
Kat sini,kami merasai pengalaman baru berada di dalam Ladang Kelapa Sawit..Banyak yang kami belajar,cara nak kait buah dan juga mebaja pokok kelapa sawit..Kami juga berpeluang ke Kandang kambing dan juga Kilang Kicap..Itu antara industri yang ada di kawasan ini..Walaupun kawasan ini agak jauh dari bandar,namun mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti masjid,dewan serbaguna dan pusat kraftangan..Tidak lama lagi,akan dibangunkan progra homestay di sini,dan anda semua bolehlah mersai pengalaman yang sama yang kami alami di sini..
Pada masa yang same..kami berpeluang untk ke perkampungan orang asli Sungai Sayap...Perjalanan ke kampung ini terpaksa melalui jalan2 batu dan memasuki ladang kelapa sawit..Kami terpaksa menaiki Jip atau trak untuk datang ke sini..Di sini kami bergotong-royong membersihkan kawasan di sini dan beramah mesra dengan penduduk di sini
Hari terakhir,kami bergotong royong mengadakan jamuan perpisahan..Mane2 yang tak pernah potong daging...Semua kena potong daging..Pada masa yang sama,kami dapat ilmu baru camne nak potong daging dan juga masak gulai..Kami memang agak sedih lah mase nak berpisah .... Sampai ada yang nangis2..termasuk ak!!!Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati..Kami akan sentiasa merindui mak2 dan ayah2 angkat kami di sana..
p/s:Next destination..Kampung Medan Jaya..
No comments:
Post a Comment