Monday, May 24, 2010

Noor Arfa Batek

Assalamualaikum....hari ni nak bercerita tentang batek..batek memang tak dapat dipisahkan dgn bumi terengganu..Semasa menyertai Program anak angkat di Kampung Medan Jaya...Kami telah berpeluang ke Noor Arfa Batek..Salah sebuah tempat pembuatan batek yang terkenal di Terengganu.

Melihat kompleks Noor Arfa Batek yang luas membuatkan kami tak sabar-sabar melihat hasil kraftangan di sini..Noor Arfa batek telah diasaskan oleh Wan Mohammed Ariffin..Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah.Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan


Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.


mengunakkan pelukis tempatan yang menghasilkan batik lukis yang menarik


selain itu,terdapat beca yang boleh disewa untuk pelancong bersiar-siar di kawasan Noor Arfa batek..


antara salah satu kraftangan di sini ialah wau yang dibuat daripada kain batik..Sangat unik sekali..Bolehlah dijadikan cenderamata kenang-kenangan dari sini..

Kalau rase nak mewarna sendiri batek..bolehlah cuba di sini..Cuma RM 20 setiap satu dengan pelbagai corak yang menarik..


Selain itu terdapat pelukis potret di sini..Harga antara RM20-RM25 bagi setiap lukisan..Selain itu terdapat banyak lagi kraftangan di sini seperti daripada mengkuang dan lain2 lagi..kompleks membeli-belah di sini menawarkan pelbagai kraftangan yang menarik dan berkualiti..

maklumat lanjut:
NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Lot 4153, Cendering Industrial Area,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: 609-617 9700
Fax: 609-617 9701


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails