Saturday, July 24, 2010

Pesta Konvokesyen UniSZA




~tak sabar nak jumpa Ana Rafalli~


x sabar nak ju

Assalamualaikum..sudah terlalu lama rasanya tidak mengupdate blog ini..Komitmen pada Pesta konvo yang akan berlansung esok menyebabkan saya tidak mempunyai begitu banyak ruang untuk menulis di sini. Di kesempatan ini,saya ingin menjemput seluruh warga di Malaysia untuk sama-sam memeriahkan Pesta Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin yang ke-2 yang akan berlesung pada hari esok dan berakhir pada hari selasa (25-27 Julai 2010) Yang akan berlansung di Tapak Peta Konvokesyen UniSZA bermula dari pukul 10 pagi hingga 11.30 Malam..

Pelbagai acara akan diadakan sepanjang pesta ini berlansung.Dan banyak tapak jualan dibuka yang menjual pelbagai jenis barang.Saya sendiri akan berada di sana di tapak Jualan Sekretariat Rakan Muda UniSZA yang menjual pelbagai jenis anak patung.Ada banyak lagi barang jualan lain seperti pakaian,bunga,tudung dan sebagainya.

JADUAL AKTIVITI PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITISULTAN ZAINAL ABIDIN.

25 JULAI 2010

10.00PG – 11.30 PG:MAJLIS PERASMIAN KONVOKESYEN UniSZA KALI KE-2

08.00PG – 09.30 PG:PERTANDINGAN MEWARNA 5-7 TAHUN

09.00 PG-07.00 PTG:GOLF CHALLENGE TERBUKA

05.00PTG – 07.00 PTG:BOLA KAMPUNG (STAF/PELAJAR)

03.00PTG – 06.30 PTG:PERTANDINGAN TARIAN TRADINASIONAL MELAYU (JOGET)

08.45 MLM – 11.30 MLM:PERSEMBAHAN TARIAN ASYIK/DIKIR BARAT (MIE POKDE)

PERSEMBAHAN NYANYIAN ARTIS SOLO(ANA RAFALLI)

26 JULAI 2010

09.00PG – 07.00 PTG:GOLF CHALLENGE TERBUKA

09.15PG- 11.00 PG :PERTANDINGAN NASYID

02.45PTG- 06.30 PTG:PERTANDINGAN KARAOKE DAN PERSEMBAHAN MUZIK PELAJAR MAHAMERU.

04.30 PTG- 07.00 PTG :PERTANDINGAN MOTORSIKAL SLOW.

04.00 PTG-07.00 PTG:BOLA JARING 3 0N 3 (13-17 TAHUN/SISWI UniSZA)

05.00 PTG – 07.00 PTG :BOLA KAMPUNG (STAF/PELAJAR)

08.45 MLM-11.30 MLM:PERTANDINGAN BAND NOSTALGIA IKLIM DAN

PERSEMPAHAN NYANYIAN SOLO (JAY JAY)

27 JULAI 2010

09.00PG – 07.00 PTG:GOLF CHALLENGE TERBUKA

02.45 PTG-06.30 PTG:PERTANDINGAN GUITAR DUO/AKUSTIK/PERTANDINGAN PUISI

PERSEMBAHAN TARIAN CILIK TADIKA.

04.00PTG – 07.00PTG :BOLA SEPAK (7-8 TAHUN)

05.00 PTG-07.00 PTG:SEPAK RAGA BULATAN (TERBUKA)

08.45 MLM-11.30 MLM:PERSEMBAHAN WAYANG KULIT (ORG)

PERSEMBAHAN ARTIS BERKUMPULAN(JKLJM)




Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti semua acara menarik yang disediakan di sini..let's Enjoy!!!

Tuesday, July 20, 2010

Berjaya Redang Resort

Terletak di kawasan Teluk Dalam Pulau Redang, menjadikan perairannya tenang daripada gelombang Laut China Selatan dan sesuai untuk semua jenis rekreasi air serta aktiviti santai.

Perairannya selain menjadi kawasan untuk mandi turut menjadi lokasi ideal untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti menyelam (snorkling), tetapi takut untuk mencubanya di laut dalam.

Ini kerana terumbu karang 'House Reef' tidak jauh dari pantai pasti membawa anda meneroka keindahan dasar laut pulau perairan pantai timur itu.
Platform kecil beberapa ratus meter dari pantai menjadi tempat persinggahan mereka yang mahu berehat seketika selepas penat berenang. Kawasan sekitar dipenuhi terumbu karang yang terpelihara daripada arus pembangunan manusia selain menjadi antara tapak selam skuba lebih mencabar apabila dilakukan pada waktu malam.
Pelancong yang berkunjung antara Mei dan Ogos juga lebih senang menemui pelbagai spesies penyu apabila melakukan aktiviti di perairan teluk ini.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyewa bot dengan lantai tembus pandang dan jurupandu akan menjejaki hidupan yang banyak kelihatan pada waktu itu yang dikenali sebagai tempoh mengawan.

Terletak di kawasan Teluk Dalam Pulau Redang, menjadikan perairannya tenang daripada gelombang Laut China Selatan dan sesuai untuk semua jenis rekreasi air serta aktiviti santai.

Perairannya selain menjadi kawasan untuk mandi turut menjadi lokasi ideal untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti menyelam (snorkling), tetapi takut untuk mencubanya di laut dalam.

Ini kerana terumbu karang 'House Reef' tidak jauh dari pantai pasti membawa anda meneroka keindahan dasar laut pulau perairan pantai timur itu.

Platform kecil beberapa ratus meter dari pantai menjadi tempat persinggahan mereka yang mahu berehat seketika selepas penat berenang. Kawasan sekitar dipenuhi terumbu karang yang terpelihara daripada arus pembangunan manusia selain menjadi antara tapak selam skuba lebih mencabar apabila dilakukan pada waktu malam.

Pelancong yang berkunjung antara Mei dan Ogos juga lebih senang menemui pelbagai spesies penyu apabila melakukan aktiviti di perairan teluk ini.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyewa bot dengan lantai tembus pandang dan jurupandu akan menjejaki hidupan yang banyak kelihatan pada waktu itu yang dikenali sebagai tempoh mengawan.

Kesempatan meliputi pusat peranginan lima bintang itu hadir ketika membuat tugasan sempena Hari Pembersihan Sedunia (ICD) bagi membersih dasar laut di sekitar perairan Pulau Redang, Terengganu. Lebih 200 peserta merangkumi sukarelawan, penyelam profesional dan pencinta alam menyertai program tahunan di BRR itu.

Oleh kerana bilangan wartawan adalah kecil, kami menumpang bot yang membawa penyelam ke beberapa tapak selam untuk mengutip tapak sulaiman jenis mahkota berduri. Selepas penyelam terakhir termasuk jurugambar dasar laut mula memasuki air, kami pula mengisi masa dengan snorkling sementara menunggu masa sesi pembersihan berakhir.

Namun, belum pun tiba waktu sejam yang dijanjikan, satu demi satu penyelam membawanya naik. Oleh kerana belum puas, ada yang mengisi waktu lewat petang dengan berkayak sehingga ke Teluk Mat Delah yang menyimpan pantai tersembunyi. Perairan sama juga menjadi lokasi terbaik untuk berenang bersama dengan penyu yang banyak kelihatan sepanjang Mei hingga Ogos.

Seakan-akan sudah menjadi agenda wajib, kami turut dibawa ke taman laut di Pulau Pinang melewati Kampung Pinang, Tanjung Batu Manjing, Pasir Akar, Telok Lelong, Ayer Raja dan Pasir Tenggara yang menyimpan panorama dasar laut yang menakjubkan. Terumbu karang yang masih terpelihara menjadi kediaman kepada spesies ikan berwarna-warni.

Jika ada yang pandai mengenal ikan, pengunjung boleh melihat ikan karang seperti dengkis lada, kerepek, gombing, buntal, betok, bagang, taring pelandok, kerapu bara, jenahak dan pari lalat. Namun, seperti kebanyakan pelancong - spesies yang paling mudah dikenali adalah 'clown fish' atau lebih dikenali dengan nama popular, nemo.

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi kami ada hari itu apabila kawasan taman laut dipenuhi segerombolan pelancong termasuk penumpang kapal persiaran mewah yang singgah di Redang.

Menurut pemandu bot, ia adalah pemandangan biasa di taman laut itu sehingga ada kalanya menerima kira-kira 1,000 pelancong terutama pada cuti hujung minggu.

Melihat suasana sudah seperti berada di pasar borong itu, pemandu bot bergegas untuk snorkling di Pulau Paku Kecil dan Pulau Kerengga. Inilah antara tarikan utama pulau ini apabila gugusan pulau kecil seperti Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu dan Pulau Lima menjadi lokasi sesuai untuk aktiviti snorkling dan selam skuba.

Namun, jika tergolong dalam kalangan kaki pancing, tetamu boleh menyewa bot untuk mencuba nasib di beberapa lubuk di seperti Kapal Pulau Yu serta Tukun Pulau Redang 1 dan 2. Menurut peminat sukan joran, lubuk berkenaan banyak dihuni spesies ikan ebek, merah, tenggiri, aruan tasik, cupak, kerapu, belitung dan cermin.

Pulang ke penginapan, banyak aktiviti darat boleh dilakukan untuk mengisi waktu senggang jika sudah jemu bermain air.

Sukan pantai seperti bola tampar, futsal atau memanjakan diri di Spa Ayura menjadi antara aktiviti menarik. Pengurusan boleh mengaturkan jika tetamu mahu merentas denai untuk ke Pasir Panjang sambil melewati perkampungan nelayan.

Pantai Pasir Panjang yang menempatkan pusat peranginan tiga dan empat bintang juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hong Kong 'Summer Holidays' lakonan Sammy Chen dan Richie Ren pada 1999. Replika rumah kayu yang dikenali 'More More Tea Inn' menjadi lokasi popular untuk bergambar.

Jika anda hanya sekadar mahu duduk 'rileks' sepanjang percutian, penulis menasihati supaya membawa sebuku roti, 'google' dan berenang sambil ditemani ikan pelbagai warna. Keindahan hidupan di celah karangan laut sudah mampu membuatkan anda berat hati untuk melangkah pulang.

INFO

>Terumbu karangnya menjadi kediaman kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan.

>Redang terdiri daripada Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil dan Pulau Lima.

>Perairan dekat pantainya menjadi kawasan kedua diwartakan sebagai Taman Laut selepas Pulau Payar di Kedah.

>Pulau ini juga antara tapak selam paling popular terutama di kawasan karamnya kapal Perang Dunia Kedua - HMS Prince of Wales dan the HMS Repulse. Ia hanya terletak 5 minit perjalanan dengan bot dari BRR.

>Setiap tahun, kira-kira 100,000 pengunjung melawat Redang, menjadikannya antara pulau paling popular selepas Langkawi dan Tioman.

PENGINAPAN

BRR menawarkan lebih 200 unit penginapan meliputi chalet, Redang Hillview dan Redang Seaview menawarkan pemandangan indah dari blok dibina di lereng bukit berkecerunan. Dari atas bukit, dapat disaksikan pemandangan keseluruhan pusat peranginan ini.

Bagi pasangan yang berbulan madu, boleh mencuba Deluxe Garden Suite menjanjikan penginapan chalet kayu dikelilingi landskap hijau taman, atau Oceanfront Suite pula dengan terletak hanya 15 tapak dari pantai.

Jika membuat tempahan 90 hari lebih awal melayakkan pengguna menerima diskaun sehingga 25 peratus. Ia juga menyediakan pelbagai pakej meliputi setiap keperluan dan kehendak pengunjung.

CARA KE SANA

>Berjaya Air membuat penerbangan harian dari Terminal Subang Skypark (SST) memakan masa sejam 15 minit dan dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura (1 jam 25 minit) terus ke pulau ini.

>Selain itu, Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia membuat penerbangan harian ke Kuala Terengganu. Anda boleh mengambil bot bot untuk ke pulau ini dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu atau Jeti Merang di Merang untuk ke pulau ini.

RUJUKAN PERCUTIAN

Tourism Malaysia
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050
E-mel: enquiries@tourism.gov.my
http://www.tourism.gov.my/

Berjaya Redang Resort
Tel : 09-630 8866
Faks : 09-630 8880
E-mel : reserdept@b-redang.com.my
http://www.berjayahotel.com/redang


Rahsia Resort Tersorok

RINDU rasanya kerana sudah lama tidak balik kampung. Justeru, peluang menikmati kicauan burung, air terjun, udara segar dan persekitaran yang tenang di Kampung Rhu Tapai, Setiu, Terengganu mengubat kedukaan. Resort yang diuruskan Suria Resorts Management Sdn Bhd adalah milik 100 peratus Bumiputera. Syarikat itu turut memiliki resort di Johor Bahru,

Cherating dan London. Sekalipun lokasinya agak tersorok, itulah keistimewaan kawasan ini yang jarang diperoleh di tempat lain. Jika bangun awal pagi, cuaca sejuk menyegarkan badan dengan kabus seperti awan tebal meliputi kawasan dikelilingi hutan hijau itu. Hiruplah udara sepuas hati sambil menikmati dendangan unggas dan kicauan burung.

Pengarah Eksekutif Suria Resorts Management Sdn Bhd, Nor Dalina Khalil, berkata kawasan berkenaan anugerah Ilahi kepada manusia terutama mereka yang cintakan alam semula jadi, keindahan, suasana sunyi dan mendamaikan. Beliau berkata, sejak dibuka pada 2005, pihaknya menerima banyak tempahan termasuk pelancong dari Singapura yang gemar suasana alam semula jadi.


“Ada juga yang menginap di resort ini sebelum ke Redang untuk menikmati panorama laut dan pasir pantai,” katanya. Sempena cuti sekolah, pihaknya mengadakan promosi istimewa penginapan tiga hari dua malam berharga dari RM230 hingga RM350. Anda boleh menikmati promosi stimbot pada hari minggu berharga RM25 (minimum dua orang) dan potongan 50 peratus untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.


Di resort itu, anda boleh melakukan aktiviti meneroka hutan, ‘flying fox’, berkayak dan berakit di Mengabang yang menyediakan kawasan lagun air masin dan payau. “Selain kolam mandi dan pantai, kami menyediakan pakej lawatan ke Redang, Pulau Perhentian dan Bidong untuk aktiviti snorkling, menyelam dan memancing. “Jika berminat menunggang kuda, kami boleh menyediakan kemudahan itu dengan harga istimewa,” katanya. Pihaknya turut menyediakan pakej lawatan ke Tasik Kenyir selain mengunjungi Gua Bewah, air terjun Lasir dan Taman Herba. Jika mempunyai masa lapang, pengunjung boleh menjelajah perkampungan berhampiran untuk mencuba hidangan istimewa penduduk tempatan, antaranya ikan dan sotong celup tepung. Cuba sekali, anda pasti teringin datang lagi. Selepas penat meninjau di kawasan perkampungan, singgah sebentar di gerai menjual keropok lekor di Mengabang. Hidangan keropok lekor dengan cendol cukup menyelerakan. Ada juga gerai menjual keropok lekor, keropok kering dan makanan laut di sepanjang jalan di antara Merang dan Mengabang. Jika mahu maklumat lanjut hubungi Suria Resorts Management Sdn Bhd di talian 03-78064752, faksmili 03- 78064753, e-mel: sales@suriaresorts.com atau laman web: www.suriaresorts. com.


>Info >> Bagaimana ke sini: Dari bandar Kuala Terengganu, ikut Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Anda terus menghala ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kemudian, ambil jalan Batu Rakit dan anda akan dapat melihat papan tanda Merang. Kawasan ini berhampiran Terengganu International Endurance Park (TIEP). Jarak dari bandar Kuala Terengganu ke Merang ialah 47 kilometer.

Pulau Bidong


SUKAR untuk mencari sebuah pulau indah yang tidak diselubungi pembangunan pelancongan dan Terengganu bernasib baik kerana memiliki Pulau Bidong yang kini tidak lagi dibanjiri manusia.


Selepas mengenali pulau ini selama lima tahun, keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk menjadikan Bidong sebagai pulau warisan dan tidak membenarkan sebarang pusat peranginan dibangunkan, sememangnya amat mengharukan.

Pernah didiami kira-kira 70,000 pelarian Vietnam dalam jangka masa lebih 20 tahun, Bidong hari ini adalah tapak sejarah dunia terus dikenang lebih 100,000 pelarian yang pernah menjadikan pulau kecil ini transit sebelum dihantar ke negara ketiga.

Kesan peninggalannya semakin terhakis, namun kerajaan Terengganu dalam perancangan untuk membina muzium peringatan bagi bekas pelarian yang hadir untuk memberi penghormatan kepada anggota keluarga yang meninggal dunia di pulau kecil ini.

Untuk itu, jeti berbumbung sudah dibina di kawasan dikenali Teluk Vietnam bagi memudahkan pengunjung melihat sisa peninggalan yang semakin hari semakin lenyap dimamah usia.


Kekuatan pulau kecil berukuran kira-kira dua hektar diperkukuhkan dengan pusat penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terletak di Teluk Pasir Cina.

Penyelidikan marin, pengenalan survival laut adalah antara agenda utama UMT - satu-satunya universiti mempunyai pusat penyelidikan sendiri di sebuah pulau.

Keistimewaan Pulau Bidong tidak berakhir di situ, malahan perut lautnya turut mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya.





Menurut cerita, disebabkan tidak mahu dihantar pulang ke negara asal, pelarian Vietnam akan membocorkan kapal masing-masing dan menenggelamkannya sebelum naik ke pulau.

Justeru, di hadapan Teluk Vietnam saja ada 27 kapal karam dan selepas 20 tahun, pertumbuhan terumbu karang menjadikan ia kawasan hidupan marin yang kaya.

Lebih mengagumkan, masih ada sisa peninggalan kapal karam dapat dikesan termasuk takar, pinggan mangkuk, permaidani, periuk belanga dan pelbagai artifak lain yang sering ditemui kumpulan penyelam skuba.


Khazanah laut Bidong dimantapkan dengan program meletak enam replika sejarah milik Terengganu - keris, tengkolok, tepak sirih, pintu gerbang, perahu dan batu bersurat yang menjadi tukun tiruan di Teluk Vietnam.


Kawasan dikenali Galeri Dasar Laut Malaysia adalah hasil inisiatif CoRal Malaysia, ditaja kerajaan negeri Terengganu.


Justeru, Pulau Bidong kini dikenali sebagai pusat pemuliharaan konservasi marin kerana kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia yang memberi perhatian serius terhadap usaha untuk menyeimbangkan antara usaha pemuliharaan dan menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan.


Antara usaha untuk mencari keseimbangan itu, Tourism Terengganu sudah mengadakan program lawatan ke Pulau Sipadan dan Mabul bagi mengkaji konsep ekopelancongan yang kini menjadikannya antara destinasi kelima terbaik dunia, tapi pada masa yang sama memulihara keindahan khazanah lautnya.

Kerjasama antara kerajaan negeri, Tourism Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia berjaya memberikan nama kepada lokasi selam skuba di sekitar Ppulau Bidong dan Pulau Karah yang belum lagi dijelajahi sepenuhnya.

Sejumlah 16 lokasi selam skuba sudah diberi nama mengikut panggilan tempatan antaranya Tukun Bidong di Pantai Pasir Cina, Kubur Kapal, Jeti Pangkalah Pasir dan Galeri Dasar Laut di Pantai Pasir Pangkalan, Tugu Bidong dan Pasir Tenggara di Pantai Pasir Tenggara, Teluk Belanga di Pasir Teluk Belanga.

Manakala terusan antara Pulau Bidong dan Pulau Karah dinamakan Terumbu Raja dan manakala Taman Krismas adalah kawasan terumbu karang memanjang sehingga 200 meter ke laut memiliki begitu banyak sejenis terumbu lembut seperti pokok krismas.


Menjawab soalan, Timbalan Exco Pelancongan Terengganu, Wan Hakim Wan Mokhtar mengakui ramai pencinta alam melahirkan kebimbangan dengan khabar angin pulau kecil ini akan turut menjadi 'mangsa' pembangunan pelancongan seperti pulau peranginan lain.

"Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk Pulau Bidong dan saya yakin pengumuman menjadikan ia sebagai 'pulau warisan' tidak dilakukan secara sambil lewa," katanya.

Dari Russia ke Terengganu

MINATNYA dalam bidang batik memaksanya mengembara. Membuat kajian terperinci mengenai lokasi dan negara yang hendak dituju bagi merealisasi impian untuk mempelajari sesuatu mengenai batik.

Bukan suatu kesilapan apabila bertemu dengan Terengganu Institute Design Excellence (TIDE), Galeri Warisan Terengganu yang berperanan sebagai pusat kepakaran perkhidmatan profesional pembangunan rekaan termasuk batik dan songket ini.


Lalu Antonina Bondareva memulakan misinya mempelajari bidang yang semakin dicintainya itu dengan bimbingan daripada TIDE.


Biarpun hanya beberapa hari menggauli batik dengan mempelajari pelbagai teknik serta mengenali pengusaha terbaik di Terengganu, wanita berusia 28 tahun dari kota Moscow, Russia, ini akui sudah menemui cinta sejati.


"Inilah yang saya cari dan amat senangi. Rupanya kembara seni ini menemukan saya dengan sesuatu yang memang diminati dan dicari selama ini. Batik amat disenangi terutama canting flora faunanya yang mengasyikkan.


"Berbanding batik blok yang agak terhad seninya, saya lebih menggemari canting kerana ada kepuasan tersendiri apabila kita bebas berkarya. Bahkan kini, saya sudah tahu membezakan jenis batik sama ada lukis, blok atau tiruan. "Malah, kecenderungan terhadap motif dan warna serta kepekaan terhadap kehendak pelanggan menjadi aspek penting buat saya," kata pemegang Ijazah Sarjana (Ekonomi), Universiti St Pettersburg, Russia serta Ijazah Sarjana Muda dan Diploma (Seni Reka dan Perhubungan Awam), Institut Teknologi Seni, Moscow, ini.


Wanita yang beriltizam membuka perniagaan berasaskan batik dan barangan berkaitan yang bersifat komersial, mengakui sedang meninjau lokasi pasaran terbaik untuk membuka perniagaan di bandar kelahirannya itu tidak lama lagi.


Pengalaman sebagai pengarah pemasaran di beberapa syarikat sebelum ini dijadikan landasan penting untuk bergelar usahawan batik suatu hari nanti.


Dia tidak menafikan Malaysia mempunyai ramai pengusaha yang amat aktif dalam menjana perusahaan batik.


Namun katanya, berbanding batik Kelantan dan Terengganu bahkan Kuala Lumpur, dia melihat identiti yang dicetuskan pembatik amat berbeza antara satu sama lain.


"Mungkin nilai tradisi di Kelantan tidak sama dengan cara pereka di Terengganu yang agak terkehadapan dalam industri batik. "Batik yang dipasarkan di Kuala Lumpur pula motifnya jauh berbeza. Mungkin di ibu kota, ia lebih dirangsang oleh pasaran agak global menyebabkan karyanya ada tarikan tersendiri.

"Pasaran di sini lebih melihat kepada aspek pelancongan jadi usaha ke arah komersial lebih diberi tumpuan. Bahkan, pemilihan warnanya agak lembut kerana pelancong Eropah atau Barat kurang menggemari warna garang," katanya ketika ditemui di Pusat Karyaneka, baru-baru ini.


Mengenai batik Indonesia, dia mengakui belum menjengah negara berkenaan, tetapi bakal ke Bali. Dia juga akur batik negara jiran lebih lembut berbanding warna ceria yang sering menjadi percaturan di negara ini.


Sesuai dengan keadaan di negaranya yang memiliki budaya berwarna-warni serta banyak menerima pengaruh negara jiran seperti Perancis dan Jerman, aspek abstrak dan minimalis banyak mendorong lakarannya kelak.


"Identiti setiap negara berbeza. Saya banyak mengkaji minat pelancong terhadap bentuk atau corak yang menjadi titik fokus mereka. Ini penting kerana aspek pasaran amat dititikberatkan untuk melariskan barangan.

"Di Russia sendiri, tidak ramai yang menceburi bidang ini. Kalaupun ada, hanya di kampung dan diusahakan secara kecil-kecilan atau bersifat tradisi. "Saya sedang mengusahakan impian saya untuk membuka butik berkaitan batik. Di samping itu, kembara seni batik saya di negara ini dan Indonesia adalah membina rangkaian rakan niaga saya suatu hari nanti," katanya.

Taman Herba Tasik Kenyir



TASIK Kenyir yang popular di kalangan kaki pancing, kini bakal berubah wajah apabila tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara ini bakal menyediakan sebuah spa sebagai tarikan terbarunya.
Spa yang bakal dibina di Taman Herba di Pulau Sah Kecil, sebuah daripada 340 pulau di tasik yang terletak di Hulu Terengganu pasti akan melenyapkan kata-kata nakal yang menyatakan Tasik Kenyir hanya sinonim dengan kaum lelaki apabila kaum perempuan kini mempunyai sebab menarik untuk turut berkunjung ke situ.
Dua buah spa yang akan dibangunkan tahun ini, bukan sekadar menjadi tarikan terbaru untuk pengunjung merehatkan badan secara santai dengan pemandangan menarik menghadap tasik, malah menyediakan pelbagai rawatan istimewa berasaskan herba.

Mengikut perancangan, Taman Herba yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan turut dibangunkan dengan sebuah pusat rawatan perubatan tradisional seperti aroma terapi, mandian herba dan perubatan berasaskan herba.
Pengawas Taman Herba, Abd Majid Awang, 56, berkata dengan adanya spa berkenaan, ia akan menambahkan bilangan pengunjung ke pulau itu sekali gus menjadikan Tasik Kenyir sebagai pilihan untuk mendapatkan rawatan alternatif di lokasi istimewa.
Katanya, sepanjang tahun lalu, Taman Herba menerima lebih 20,000 pengunjung dari dalam luar negara dengan purata hampir 2,000 pengunjung sebulan.
Menurutnya, taman seluas 15.84 hektar di Pulau Sah Kecil yang menjadi laluan ke pulau lain di bahagian selatan Tasik Kenyir seperti Air Terjun Saok, Air Terjun Lasir, Pulau Petang, Tanjong Mentong dan Gua Bewah ini mudah dikunjungi dan hanya mengambil masa 15 minit dengan menaiki bot laju dari Pangkalan Gawi atau sejauh tujuh kilometer.
"Taman Herba yang mula dibangunkan sejak 1995 ini mempunyai tiga objektif utama berteraskan 3P iaitu pelancongan, pendidikan dan penyelidikan.
"Taman ini dibangunkan secara berperingkat dan disediakan pelbagai kemudahan asas seperti jeti, laluan pejalan kaki mengelilingi pulau, wakaf, tapak semaian, pejabat pentadbiran dan tandas awam selain sebuah jambatan menghubungkan Pulau Sah Kecil dengan Pulau Sah Besar.
"Apa yang menarik, setiap pengunjung akan berpeluang menikmati minuman herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang bvanyak ditanam di sini," katanya ketika ditemui pada program Retreat Media ke Tasik Kenyir anjuran Unit Komunikasi (Ukom) Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Terdapat kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri daripada 230 jenis ditanam di sini dengan pelbagai jenis pecahan herba seperti Tongkat Ali Haji Samat, Tongkat Ali Baginda dan Tongkat Ali biasa.

Selain itu, taman ini juga mempunyai beberapa jenis herba yang jarang ditemui di tempat lain seperti pokok jerangau, tongkat ali hitam, mas cotek dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Rosli Zakaria, yang mengetuai Retreat Media itu berkata program itu adalah kali kedua dianjurkan Ukom selepas lawatan ke kilang e-book, Top IT Industries Sdn Bhd di Gong Badak, Kuala Terengganu, Januari lalu.

Katanya, pihaknya akan menganjurkan Retreat Media setiap bulan untuk memberi pendedahan kepada media Terengganu mengenai pelbagai lokasi tarikan pelancong dan projek dibangunkan kerajaan negeri untuk diketengahkan.

"Malah kerajaan negeri berhasrat membawa masuk media luar untuk melawat tempat menarik di negeri ini sekali gus membantu kita mempromosikan pelancongan Terengganu.

"Banyak tempat menarik di Terengganu, tetapi tempat sebegini kurang dilawati kerana kurang pendedahan. Jadi dengan adanya pendedahan kepada media, ia diharapkan dapat dihebahkan dengan lebih baik dan mencapai matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan pelancongan sebagai tulang belakang ekonomi," katanya.

Saturday, July 17, 2010

Wednesday, July 14, 2010

Pulau Lang Tengah


Pulau Lang tengah adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh terumbu karang yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Bidong..Pulau ini tidaklah popular seperti Pulau Redang,namun keindahnnya tidak kurang hebatnya.Air lautnya yang jernih,pantai yang memutih dah Hutan tropika yang tidak pernah diterokai pastinya akan memikat hati setipa pelancong yang datang ke sini.


Anda boleh berkunjung ke sini dengan menaiki bot dari Jeti Merang.Kadar sewa bagi sebuah bot adalah lebih kurang RM480 bagi sebuah bot.Ianya mungkin memakan masa selama 45 minit.Anda juga boleh menaiki bot dari Pulau lang tengah menuju ke Pulau Redang dan Pulau Perhetian.Disarankan kepada yang mengalami mabuk laut,supaya mengambil ubat yang sesuai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan anada mengalami masalah kesihatan semasa di dalam perjalanan.

Terdapat 4 buah hotel di sini iaitu Blue Coral Island resort,Square Point Resort,Redang Lang resort dan D'coconut Resort.Setipa tempat penginapan menyediakan pelbagai kemudahan yang pastinya akan memuaskan hati anda.

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti memancing,menyelam,snorkelling dan sebagainya.Anda juga boleh melakukan scuba diving untuk meneroka keindahan pemandangan di dasar alaut dan juga keindahan batu karang.Restoran di sini juga menyediakan pelbagai masakan dari Asia dan Barat yang pastinya menepati citarasa anda...Jangan lepaskan peluang anda untuk menkmati percutian di sini..Bumi Terengganu menanti kehadiran anda..

Wednesday, July 7, 2010

Menyingkap keindahan Bumi Terengganu (Part 1)

Assalamualaikum..Dah terlalu lame blog ini sepi tanpa berita..Sibuk dengan persiapan untuk kembali ke kampus pada minggu hadapan..

Kali ini,saya cuma memaparkan gambar-gambar menarik..Tanpa huraian..Kadang2 keindahan sesuatu tempat itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata..Cuma gambar sahaja yang mampu menafsirkan setiap keindahannya..Kampung Rhu rendang

Kampung Darat Pakcang


kampung Batu Rakit

Pulau Duyong

Rumah tradinasional Terengganu

Pelabuhan Perikanan Cendering

Restoran Terapung, Jeti Syahbandar

Kampung Hiliran Jejawi

Kampung Cina


Kampung kelulut


benteng kuala Ibai


pantai batu buruk


Sejenak terfikir,begitu indah ciptaan Tuhan di Bumi Terengganu..Hingga membuatkan setiap mata yang memandang terpesona tanpa kata..Bagi yang ingin sama-sama menikmati keindahan ini..Singgahlah di Terengganu..Pasti tidak akan mengecewakan anda..
Related Posts with Thumbnails