Thursday, June 10, 2010

Limpahan cahaya di Bumi Kerteh







Kerteh ialah salah satu mukim yang terletak di negeri Terengganu. Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam. Setiap kali melaui kawasan perindustrian Kerteh di waktu malam..Pasti mata tidak akan mengantuk kerana tertarik dengan cahaya lampu dan api di kawasan ini.
Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.
Anda juga tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati limpahan cahaya di Bumi Kerteh..Selamat bercuti di Bumi Terengganu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails