Tuesday, June 22, 2010

Pantai Pandak



Semalam,saya telah berkesempatan menuju ke satu lagi destinasi menarik iaitu di Pantai Pandak,Chendering.Keindahan pantai yang berbatu ini memikat saya untuk hadir sekali lagi ke pantai ini.Batu-batu besar yang terdapat di tepi pantai ini menjadikannya sebuah pantai yang sangat unik. Namun,pengunjung yang datang ke sini harus berhati-hati apabila berjalan di atas batu besar ini kerana ianya tajam dan licin.Pengunjung juga diingatkan supaya tidak mandi manda di pantai ini kerana air laut yang agak dalam.Telah berlaku banyak kes lemas di sini. walaupun begitu,melihat keindahan pantai ini sudah mampu membuatkan fikiran anda menjadi tenang.ianya juga adalah salah satu tempat yang menarik untuk dijadikan tempat memancing.Kini,infrastruktur di kawasan ini sudah pun ditingkatkan.jalan berturap dan kemudahan meletakkan kenderaan akan memudahkan kunjungan anda ke sini.
Oleh itu,jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati keindahan pandai di Bandaraya Persisir Air.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails