Nasi dagang adalah salah satu hidangan istimewa di Terengganu..ianya adalah makanan tradisi orang terengganu..Kebiasaanya di jual di gerai2 makan pada waktu pagi..Lagi sedap menikmatinya bersama air kopi di waktu pagi. Nasi dagang kebiasaanya di hidang bersama kari ikan dan acar timun..Antara tempat yang popular dengan nasi dagang ialah di kampong Ladang.Nasi dagang juga kebiasaanya menjadi hidangan utama keluarga saya ketika menyambut apa-apa majlis ataupun perayaan..Keenakan nasi dagang buatan nenek pasti memikat kalbu. Antara kedai yang menjual nasi dagang yang enak ialah Kedai Nasi Dagang Kak Pah, Gerai No. 30di Deretan kedai makanan kat Pantai Batu Burok.Dan Cuma dijual untuk sarapan pagi sahaja..Harganya Cuma RM 3.00 sepinggan Selepas pukul 10 pagi.Sudah tentu hidangan ini sudah habis..Nak makan,jangan datang lambat2 tau..
Anda juga boleh menikmati Nasi Dagang di Mak Ngah Nasi Dagang restaurant di Chendering>dari bandar Kuala Terengganu, pergi arah selatan ke Marang atau Kuantan. Selepas perjalanan 8 km, anda akan sampai di Kuala Ibai. Anda akan melihat banyak kereta di tempat letak kereta di sisi jalan terutama hari jumaat. Tempat yang begitu popular disana.Selamat menjamu selera bersama nasi Dagang Terengganu...

No comments:
Post a Comment