Saturday, October 30, 2010

Sejuk + Tahniah2...


Sekarang musim sejuk dah pun melanda Bumi Terengganu..he8..Takde 4 musim kat Terengganu yer..Musim Tengkujuh lah..Tiap-tiap hari hujan..Sejukk..Rase macam duk dalam aircond jer...Kipas kopem tak buka..Sekarang pelajar-pelajar unisza dah pun mula bersuti untuk study week..Selama 3 minggu..Lepas ni final exam lak..Ada sebahagian pelajar yang tidak pulang ke kampung untuk menumpukan perhatian pada pelajaran..

Tapi saya??Kopem lah duk umah.Dah umah memang dekat pun..Tapi tetap berulang -alik ke Unisza..Cuba untuk istiqamah study di library...Lebih fokus..Hujan yang lebat menyebabkan penglihatan saya semasa memandu terbatas..Kena drive slow-slow...jalan pun licin..Kepada semua pamandu,berhati-hati di dalam perjalanan anda.Semoga Sampai ke destinasi dan ingatlah orang tersayang...

Alhamdulillah...Pada hari selasa ini ,2 november 2010..Akan diadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan blog perlancongan Terengganu yang akan diadakan di
Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu...Saya mengucapkan tahniah kepada semua perserta yang layak..Semoga kejayaan mengiringi anda semua..Adat dalam pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah..Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing..Menang atau kalahj bukanlah persoalaanya..Tapi semangat kita untuk terus mempromosikan industri perlancongan Terengganu dan untuk menjadikan Terengganu sebagai ikon perlancongan yang terkenal di mata dunia.Saya berharap usaha kita untuk mempromosikan perlancongan Terengganu tidak akan terhenti begitu sahaja selepas tamatnya pertandingan ini tapi,tetap akan diteruskan..Sememangnya terlalu banyak perakara yang boleh kita terokai di Bumi terengganu...





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails