Tuesday, October 26, 2010

Ulek Mayang Di tv3


Sekali lagi keindahan bumi Terengganu dipamerkan di dalam sebuah Drama terbitan TV3..Drama Yang bertajuk 'Ulek Mayang" disiarkan dalam slot Lagenda yang menemui penonton setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3.Yang mula ditayangkan pada 25 Oktober 2010




Drama ini dilakonkan oleh Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Puteri Mayang Sari.Drama ini telah diarahkan oleh pengarah Rashid SibirPenggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini..
Fezrul pula memegang watak Ali seorang nelayan.


Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

cintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”

kepada yang ingin meninjau keindahan bumi Terengganu..Anada bolehlah menonton drama ini.Drama ini bukan sahaja memaparkan kisah cinta dua alam..Tetapi turut memeperlihatkan keindahan sungai,kampung nelayan dan juga pembuatan keropok lekor dan ikan kering.Mungkin ada tempat yang menarik perhatian anda dan membuatkan anda teringin untuk melancong ke negeri warisan pesisir air..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails