Sunday, June 6, 2010

Rusila kraft


cuti sekolah dah pun bermula.pastinya ibu bapa takkan melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga..banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Bumi terengganu.. Sambil bercuti,tentu takkan melepaskan peluang untuk membeli buah tangan sebagai kenangan..Apa kata singgah ke RUSILA KRAF.

Pelbagai kraftangan yang menarik dihasilkan dari daun mengkuang.terdapat beg,bakul,bekas,kipas dan sebagainya yang dihasilkan di sini dan dijual dengan harga yang amat berpatutan.Lihatlah sendiri hasilnya,pasti ada yang membuatkan anda tertarik.

Kraftangan ini dihasilkan oleh Puan Zainun sendiri.Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri mahupun kebangsaan.ini membuktikan beliau menghasilkan kraftangan yang berkualiti dan pastinya berbaloi untuk anda miliki.

Koleksi beg ini sangat menarik dengan anyaman mengkuang yang sangat kemas.


Untuk maklumat lanjut,anda boleh lah menghubungi Puan Zainun sendiri.jangan lepaskan peluang untuk membeli buah tangan tanda kenangan dari Terengganu di sini..

2 comments:

  1. Aik katne ni eh..
    padahal kg sendiri ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Ada kat tepi jalan sebelah masjid rusila..Ada Umah batu kecik kat situ..Mesti x habis explore kampung sendiri ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails