Friday, September 24, 2010

Air Kolam Panas La

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga..Mungkin juga boleh melakukan riadah atau berkelah yang dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.Mungkin and asudah bosan dengan tempat percutian yang sama seperti pantai..Mungkin anda dapat mencuba sesuatu yang berbeza seperti Air kolam panas.Biarkan saya cadngkan tempat istirehat and a minggu ini iaitu di Kolam Air Panas La.


Ianya terletak di kampung La,Jerteh.Anda hendaklah memandu kenderaan persedirian untuk datang ke sini. Jika dari Kuala Terengganu, sila menghala ke Pekan Jerteh. Jarak Kampung La dengan Pekan Jerteh lebih kurang 30Km. Lepas tu teruskan ikut signboard ke La Hot Spring , lebih kurang 10Km dari Kampung La. anda akan menuju ke kaki Gunung Tebu dan melalui kebun kelapa sawit kepunyaan Peneroka Felda Tenang, Jerteh.Walaupun perjalanannya agak jauh,tapi pasti memuaskan apabila dapat menjamu mata anda dengan pemandangan flora yang menghijau.







anda wajib membayar tol masuk yang Cuma berharga RM2..Disini juga ada menyediakan chalet bagi anda yang berminat untuk bermalam di sini .Harganya lebih kurang RM60 semalam.Pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan seperti wakaf,tempat parking,tandas.surau dan sebagainya.






Air panas di sini berubah suhu mengikut keadaan semasa..Ianya boleh mencapai sehingga 100 Celcius..Anda akan dapat merasai kehangatan air di sini pasti dapat menenangkan fikiran..Airnya mengalir dari celah-celah batu..Ada juga kawasan air yang separuh panas dan separuh sejuk yang sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda..Nak tahu keseronokan di sini,cuba lah sendiri..Pasti anda akan menikmati percutian yang memuaskan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails