Wednesday, September 15, 2010

Taman Rekreasi Taman Puteri.



pada bulan lepas,saya bersama ahli Sekretariat Rakan Muda UNISZA telah dirugaskan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar SMK Bukit Besi untuk sebuah program motivasi pelajar.Alhamdulillah,program tersebut berjalan dengan lancar.Semoga adik-adik di SMK Bukit Besi mendapat pelbagai manfaat daripada program tersebut.Kami doakan semoga semua adik-adik berjaya di dalam peperiksaan.
Selepas program tersebut,kami menuju ke Kampung Bukit Besi,iaitu ke rumah pengiring program kami untuk menikmati jamuan makan tengahari.pemandangan hijau menghiasi perjalanan kami.Pelbagai pokok buah-buahan dapat dilihat .kami juga berpeluang menikmati pelbagai buah-buahan seperti manggis,langsat,durian,duku dan sebagai..maklumlah,musim buah masa tu..kami juga dilayan dengan baik oleh penduduk di sini yang sangat pemurah.Ada juga yang menjemput kami untuk mengadakanprogram anak angkat di sini.InsyaAllah,jika ada kesempatan pada masa akan datang.Sebelum pulang..kami dibekalkan dengan pelbagai buah-buahan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang..



Sebelum pulang ke kampus,kami sempat singgah sebentar di Taman Rekreasi Taman puteri yang terletak 3km dari Bandar Bukit besi.Pemandangan hijau di sekeliling tasik pasti dapat menenangkan fikiran anda. Di sini,disediakan taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah.malah disediakan taman permainan dan juga tapak perkhemahan.


Kafe juga disediakan di sini..


kepada si kaki pancing,jangan lepaskan peluang anda untuk memancing di sini.,pasti hasil tangkapan yang anda dapat tidak mengecewakan anda.dengar kata,ada ikan toman yang besar di sini.Anda boleh menyewa bot untuk memancing di tengah tasik...


Selain itu,anda boleh menyewa bot,gondola dan juga kayak untuk bersiar-siar di kawasan tasik..Kadar sewa yang dikenakan amat berpatutan.banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang hari tersebut.Semoga pengalaman ini akan mematangkan kami dan menjadikan kami ingin terus meneroka bumi terengganu yang sangat kaya dengan pelbagai keindahan.We Love Terengganu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails