Terengganu bukan sahaja kaya dengan pulau dan pantai2 yang indah..Namun terdapat banyak hutan simpan yang mamapu memepersonakan pengunjung dengan keindahan flora dan fauna.Selain itu terdapat banyak lata atau air terjun yang wujud di negeri yang cantik ini.Antaranya ialah Air Terjun Sekayu..Ianya terletak di Hutan Simpanan Hulu Terengganu tambahan,Daerah Hulu Terengganu.Keluasannya hampir 405 Hektar.Perjalanan ke sini ialah 16 km dari pekan Kuala Berang,22 km dari Pekan Ajil,dan 56km dari bandar Kuala Terengganu.Di dalam perjalanan ke sini,pengunjung akan menempuh perkampungan tradinasional seperti kampung setar,kampung sekayu dan kampung Bukit Gemuruh.
Di sini terdapat air terjun 3 peringkat yang sangat cantik..Airnya yang mengalir sejuk serta dihiasi dengan keindahan flora pasti akan mempersonakan setiap pengunjung yang datang ke sini.Kawasan ini terbahagi kepada dua iaitu Taman Pertanian Negeri Sekayu dan Hutan Lipur Sekayu.Di dalam Taman Pertanian Negeri Sekayu terdapat pelabagai jenis tumbuhan-tumbuhan.Setiap pokok diletakkan tanda nama untuk memudahkan pengunjung untuk mengenalinya.Contohnya seperti pokok Petaling (ochanostachys amentacca ) dan pokok kelat (syzgium spp.).Di dalam ini juga terdapat kolam renang dengan kedalamn 2 kaki dan 4 kaki.Air yang mengalir dari bukit akan disalurkan ke dalam kolam ini.Anda dapat merasai kedinginan air sungai di dalam kolam ini.Taman ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pelajar dan orang ramai yang ingin mengetahui tentang pelbagai spesis pokok.
Di Hutan Lipur Sekayu..Terdapat chalet yang disewakan dengan kadar berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.Chalet di sini dinamakan dengan nama Tradinasional seperti Manau, Semambu dan sega.Anda dapat menikmati keindahan kawasan di waktu malam di sini dan dapat merasai kehadiran fanau yang hanya aktif pada waktu malam.Tapak perkhemahan turut disediakan di sini.Anda dapat berkhemah berhampiran dengan jeram.Dan menyaksikan jeram yang membentuk air terjun yang bertingkat yang indah dan mempersonakan.Anda diingatkan untuk berhati-hati keranan batunya yang licin dan kawasan yang berlubuk dalam untuk mengelakkan kemalangan nyawa.
Selain itu terdapat pelbagai taman lain seperti Taman Aroma,Taman Herba Ubatan dan Taman Orkid.Anda dapat mengenali pelbagai spesis tumbuhan di sini.Permandangan di sini juga amat cantik.terlalu banyak yang perlu anda terokai di sini.Saya pasti kunjungan anda ke sini tidak sia-sia.Bukan saja mendapat kenangan yang indah tapi juga ilmu tentang alam flora dan Fauna,Teruskan meneroka keindahan Terengganu.
Selain itu terdapat pelbagai taman lain seperti Taman Aroma,Taman Herba Ubatan dan Taman Orkid.Anda dapat mengenali pelbagai spesis tumbuhan di sini.Permandangan di sini juga amat cantik.terlalu banyak yang perlu anda terokai di sini.Saya pasti kunjungan anda ke sini tidak sia-sia.Bukan saja mendapat kenangan yang indah tapi juga ilmu tentang alam flora dan Fauna,Teruskan meneroka keindahan Terengganu.
No comments:
Post a Comment