Wednesday, September 15, 2010

bukit puteri

Bukit puteri adalah salah sebuah tempat yang menyimpan sejarah tentang Terengganu.Ianya terletak menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan Laut China Selatan.bukit puteri telah wujud sejak abad ke-16.
Bukit Puteri pernah ditutup selama hampir 2 tahun kerana pembinaan Bazar Warisan Terengganu.Kini telah pun dibuka sejak sebulan yang lalu untuk tatapan pelancong.Keluasannya ialah 0.668 hektar dan terletak 200 meter dari aras laut. Kubu pertahanan dibina di sini semasa Perang Saudara semasa pergolakan Kesultanan terengganu pada tahun 1931-1939.Keunikan kubu ini ialah ianya dibina daripada pasir,putih telur,kapur,kulit kerang dan madu lebah.Dan ianya masih kukuh sehingga kini walaupun sudah berusia hampir sedekad.

Di atas bukit ini terdapat tiang bendera untuk dinaikkan bendera diraja pada hari-hari kebesaran.Tiang bendera ini dipasang dalam tahun 1899 .Tinggi tiang ini ialah 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter.
Di sini juga terdapat sebuah bilik batu gua dalam tanah yang mungkin digunakan untuk menyimpan peluru dan ubat bedil pada masa dahulu.Di sebelah atasnya juga terdapat sebuah singgahsana raja sebagai tempat kawalan.
Di atas bukit ini terdapat rumah api menandakan kuala negeri pada kapal-kapal di laut.Juaga terdapat meriam yang menghala kea rah laut dan darat.Sebahagian meriam dipindahkan ke Istana badariah untuk dijadikan perhiasan.
Kadar bayaran ialah RM 1 untuk dewasa dan RM 0.50 bagi kanak-kanak.Ianya dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi – 6 petang.Pastinya kedatangan anda di sini dapat menggamit kembali sejarah yang tertanam di sini.Moga tempat bersejarah ini mengingatkan kita tentang perjuangan orang-orang terdahulu untuk mempertahankan Negara kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails