Saturday, September 25, 2010

Bazar Warisan



Seni reka bentuk tradinasional Terengganu terhias indah di setiap bangunan.Sebab itulah ianya digelar ‘Bazar Warisan’ kerana mewarisi keunikan reka bentuk Terengganu di setiap sudut binaanya.Terletak berhampiran Bukit Puteri dan Pasar paying.Ianya merupakan kompleks membeli belah yang dibina sejak Julai 2008.






reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini,kompleks yang bernilai 18.4 juta ini menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata.




Ianya dilengkapi dengan lif,tangga dan lorong pejalan kaki yang luas yang member keselesaan pengunjung untuk bergerak.Dari tingkat 3,anda dapat melihat pemandangan di muara sungai Terengganu.Bot-bot kecil yang berulang alik dari Kg. Seberang takir.Teruskan menikmati keindahan Bumi Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails