Saturday, September 18, 2010

Pasar Payang


Antara destinasi perlancongan yang wajib dikunjungi apabila dating ke Terengganu ialah Pasar Besar Kedai Payang.Tak lengkap rasanya percutian anda jika tak singgah ke sini.Ianya terletak di tepi Sungai Terengganu dan berhampiran dengan Taman Syahbandar.

Pasar Payang terdiri daripada kompleks 2 tingkat.Di bahagian bawah ilaha gerai basah yang menjual pelbagai kuih-muih tradinasional,sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta makanan laut .Saya paling suka membeli ikan di sini kerana ianya segar dan saiznya yang besar.Kebanyakkan gerai dijaga oleh wanita yang agak berusia tapi mereka kelihatan peramah dan mudah tersenyum membuatkan anada tertarik untuk melihat barang dagangan mereka.Anda dapat melihat keunikan anak Terengganu di sini.

Di Bahagian atas pula terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan pakaian seperti sutera dan batik.Nak cari buah tangan yang sesuai untuk dibawa pulang,di sinilah tempatnya.Di sini juga terdapat kedai-kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan.Kemudahan seperti surau dan juga tandas turut disediakan di sini.

Pada musim buah,kebiasaannya di sepanjang jalan menuju Pasar paying,terdapat peniaga-peniaga kecil yang menjual buah-buahan..Yang menjadi tarikan ilah Durian,yang dijual dengan harga yang murah.Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan beca di sini untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Terengganu ataupun menuju ke destinasi seterusnya.Teruskan berkunjung ke Bumi Terengganu.Anda pasti tidak akan menyesal.Pilih destinasi perlancongan anda dengan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails