Permandangan di waktu malam pastinya memikat hati anda.Sebuah masjid yang tersergam indah bagaikan terapung di atas air.namun keindahannya tidak akan bermakna jika tidak dihargai.Luangkanlah masa anda untuk beribadat di Rumah Allah ini.
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung adalah antara symbol keanggungan agama islam di Terengganu.Binaannya yang sngat unik adalah gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari.
Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.dan dinamakan sempena nama bonda baginda.Ianya terletak di Teluk Ibai.Hanya 4 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.Saksikan sendiri keindahan masjid ini di mata anda sendiri.
No comments:
Post a Comment