Pulau bidong terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari Kuala Terengganu, Terengganu dan berada dalam perairan Laut China Selatan. Mengikut sejarah, suatu ketika dulu Pulau Bidong menempatkan kem pelarian yang dibina kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) pada tahun 1978. Ketika ditutup pada tahun 1991, kira-kira 250,000 pelarian atau lebih dikenali sebagai orang hanyut berada di kem tersebut sebelum penghijrahan besar-besaran ke Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan Perancis.
Melihat keindahan pemandangan seluas mata memandang sambil deruan ombak menghempas pantai yang memutih, ditambah dengan kejernihan air laut mengelilingi pulau yang satu ketika dahulu pernah 'disumpah', hampir-hampir membuatkan sesiapa sahaja melupakan sebentar kisah misteri yang pernah berlaku di pulau ini.
Pulau yang lebih dikenali dengan jolokan Pulau Vietnam itu adalah antara pulau-pulau yang terdapat di negeri Terengganu selain Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.
Namun pulau yang menyimpan sejarah ini,kini sudah standing dengan pulau-p[ulau lain yang terdapat di sekitarnya.Malah mungkin menjadi lebih baik..Sebahagian tanahnya telah dijadikan milik UMT sebgai tempat kajian hidupan lain.Namun masih terdapat tinggalan sejarah perlarian Vietnam di sini. anda boleh melawat peninggalan sejarah pelarian Vietnam yang ditinggalkan seperti kubur, kuil, telaga, balai polis, gereja serta rumah-rumah mereka yang masih utuh berdiri walaupun sebahagian telah dirobohkan dan dimakan anai-anai.
Di sekitar kawasan Pulau Bidong ditempatkan anggota Rela untuk menjaga kawasan tersebut daripada pencerobohan nelayan dan pendatang tanpa izin.
Untuk melihat sejarah peninggalan pelarian Vietnam itu, pengunjung perlu mendaki bukit lebih kurang sejauh dua kilometer.
Kubur beberapa pemimpin pelarian Vietnam bakal ditemui pengunjung setelah 15 minit mendaki bukit tersebut selain tangki air usang yang menjadi tempat menyimpan bekalan air bagi mereka satu masa dahulu. Kebanyakan pokok di pulau tersebut telah dinamakan bagi memudahkan pengunjung mengetahui jenis pokok-pokok yang terdapat di sekitar pulau itu dan ada juga yang jarang-jarang dapat ditemui.
Setelah hampir sejam perjalanan, pengunjung bakal tiba di penghujung perjalanan dan berpeluang melihat keindahan Pantai Pasir Pengkalan dari bukit berkenaan.
Oleh kerana pulau itu tidak dibuka kepada orang awam, kejernihan serta keindahan karangan laut dan ekosistemnya masih terpelihara.
Menurut sumber, terdapat 27 kapal tinggalan pelarian ditenggelamkan untuk dijadikan tukun bagi membolehkan hidupan laut menjadikan tukun tersebut sebagai habitat baru mereka.
Keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan pulau tersebut tanpa sebarang pembangunan harus dipuji namun ada baik juga sekiranya ia dijadikan lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi.
Sekurang-kurangnya ia boleh menjana ekonomi selain memberikan pilihan baru kepada pengunjung yang gemarkan sejarah selain boleh menikmati keindahan Pulau Bidong yang masih 'dara' walaupun pernah 'dinoda' satu ketika dahulu.
Peluang bersnokerling dan berkayak di Pulau Bidong ternyata memberi pengalaman yang indah dan menjadi kenangan sepanjang hayat malah lebih manis jika bernasib baik dapat melihat penyu bertelur di pantai.
Anda boleh menonton Dokumnetrai tentang kehiudoan pelarian vietnama melauli sebuah filem dokumantari yang bertajuk “Tommorow you will leave”
No comments:
Post a Comment